Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Tujuan
Tuesday 13 January 2015 | 7:33:00 am | 0Comment



Kini hanya ada kau, perasaan dan tuhan. Perasaan perasaan seorang manusia yang bergerak sambil memandang ke langit. Katanya tuhan berada disitu, memerhatikan dan memberi harapan.

Tuhan memberi harapan.

Harapan yang ada masanya dia beri kau sentuh dan rasa dekat, namun ada masanya juga dia buat kau tergapai gapai dan jauh dengan harapan harapan yang pernah dia beri pada kau.

In this case, dia menguji.

Selalunya kau terlalu cepat berjalan sehingga kau rasa kau dah mungkin sampai ke penghujung jalan. Tapi kau lupa, kau tak pernah letakkan tujuan sebelum kau mula berjalan. Jadi kau cuba untuk lebih perlahan, dan memikirkan tentang tujuan.

Kemudian dia (tuhan) letakkan lagi harapan dalam perjalanan perlahan kau. Namun tujuan demi tujuan yang datang satu persatu memaksa kau untuk berjalan disimpang simpang yang tak menyenangkan. Penuh jurang. Sempit.

Adakalanya kau berhenti kerana penat, buntu, dan kau mengeluh pada tuhan. Kemudian kau cuba mempersoalkan, " ini je yang mampu aku buat?".

Yang sebenarnya kau terlalu ikutkan perasaan sehingga kau tak sedar bahwa kau cuma perlukan satu tujuan untuk satu jalan. 

Dan sebelum dia permudahkan apa apa, kau harus kembali berjalan. Dengan kesungguhan dan kesabaran. Kerana dia sedang menguji. Menguji dan diuji adalah conversation kau dengan tuhan, sebelum dia memutuskan untuk memberi.

Peluang
Friday 2 January 2015 | 4:53:00 pm | 0Comment



Kadang bila peluang melayah di hadapan mata, kita harus cuba menggapainya dengan gigih. Biarpun terpaksa berkejaran bersama angin yang meniupnya, atau terpaksa memanjat pohon tinggi hingga hampir jatuh saat cuba mengaitnya di hujung ranting.

Biarlah, kerana yang namanya peluang itu datang pada waktu paling tepat dan hati paling ingin. Kalau dibiar lepas, nanti sesal datang memeluk.

Andailah, peluang itu tetap juga terbang menjauh atau engkau jatuh terperuk di perdu pokok. Saat orang lain mengejekmu gagal, tersenyumlah kerana engkau lebih tahu akan tingginya awan dan kerasnya tanah. 

Layak?
Thursday 27 November 2014 | 10:02:00 pm | 0Comment



Aku tonton beberapa gulung cerita sejak habis periksa beberapa hari lepas. Dari kashaf imani, gie, figth club, habibi dan ainun dan beberapa cerita lain. Cuma aku suka dengan watak charlie dalam satu cerita adaptasi novel lakonan logan lerman. Dia budak lelaki penaip cerita yang kurang keyakinan diri sejak kecil lalu masuk ke sekolah tinggi menjadi pelajar freshman. Tapi aku tak recommend pun cerita ini untuk ditengok, melainkan kalau kau nak tengok emma watson berlakon selain dari watak ahli sihir. Cerita buatan amerika bagi aku tak berapa membina otak melainkan filem-filem yang dah pasti kesahihan kualitinya. Cuma aku rasa novelnya mungkin lebih baik dari filem. Charlie kata pada Sam pada malam sebelum Sam akan sambung mengaji ke kolej: kita selalunya akan terdorong untuk terima cinta yang kita rasa kita deserve untuk dapat.

Ada banyak benda yang aku tak deserve dalam dunia, tapi tuhan masih tak putus untuk beri satu persatu setiap kali aku bangun dari katil sampai aku baring kembali. Dikala itu pun kadang, masih meminta tak cukup.

'Sometimes we only accept love that we think we deserve'

But the question is; do we really deserve?

Syaitan
Friday 21 November 2014 | 9:16:00 am | 0Comment



Dan aku melihat kau dari kejauhan dengan rasa merusuh. Minda tak tentu. Aku sendiri yang tidak mengerti apa dan mengapa. Bagaimana dan bila. Atau mungkin sejauh mana aku boleh. Sesungguhnya dengan syaitan yang ada dalam diri aku ini, aku merasakan mustahil untuk kau menghampiri lagi dan lagi. Entah. Aku yakin kau akan menjauh. Mungkin jua tak kembali. Dark side yang akan membunuh kau lagi.

Maafkan aku. Aku mahu buang segala hitam dalam hidup aku, ingin aku lindungi kau lagi. Namun bolehkah kau bertolak ansur dengan syaitan yang bersarang dalam silam aku? Dalam masa hitam kita. Bolehkah kau percaya aku lagi? Bolehkah kau hulurkan tangan pada ak?. Ya, jangan percayakan syaitan kerana sebelum ini dia juga malaikat. Namun aku bukan syaitan begitu. Aku syaitan yang sentiasa bertarung berlari dari gelapnya. Untuk memberikan cahaya pada kau.

Aku tak tahu. Sekarang aku dibakar silam. Dibakar sehingga hangus. Bolehkah kau terima. Melihat cela yang aku punya. Biarpun aku syaitan yang jijik, bolehkah aku menjadi malaikat penjagamu lagi. Bolehkah kau merasakan getar yang aku masih punya. Tolong paling ke sini. Tolong jangan melangkah jauh lagi. Bawakah aku ke sungai suci, campakkan tubuh ini ke sana dan aku akan kembali.

Aku akan kembali dengan cahaya paling terang. Tak akan biarkan kau terpalit luka mahupun duka. Tak akan biar kau rasa susah mahupun beban. Menjadi penenang kau seumur hidup kau didunia mahupun syurga. Mungkin. Bolehkah kau lakukannya? Untuk kali ini aku mohon kau cuba bersama aku. Aku sebahagian kau. Aku mohon terimalah huluran tangan aku. Biar kita sama tuju cahaya.

Andai kau pergi jangan biar aku lama. Aku boleh hancur berkecai menjadi abu. Boleh terbang ditiup angin. Makin payah aku untuk menjadi satu. Ajarkan aku kembali. Jangan biar aku, aku bukan syaitan yang ego melangit, aku syaitan yang lemah kerana merindui kau. Tolong paling ke sini lagi, jadi insan yang juga memberi cahaya buat aku. Aku janji ini bukan permainan ataupun penipuan.

Hantu
Saturday 15 November 2014 | 5:23:00 pm | 1Comment



Hantu jangan kacau aku
Jangan kacau bilau aku lagi buntu
Hantu jangan usik aku
Jangan porak peranda hati satu
Hantu tolonglah tolong aku takut
Jauhlah kau jauh aku lagi serabut
Hantu tunggang langgang diri aku
Gara-gara hati remuk teruk kosong penuh berisi sembilu
Gara-gara hantu aku haru biru
Gara-gara kau aku celaru
Gara-gara haru biru celaru sembilu aku dah naik hantu
Buntulah bodoh buntu

Di bawah paksi
Sunday 9 November 2014 | 8:19:00 pm | 0Comment



Bercakap dengan kau umpama aku bercakap seorang diri, yang aku pasti mata kau tepat merenung aku ketika aku sedang leka bercerita itu ini, dan kau diam fokuskan aku, dan bila aku rajuk, kau pasti bilang kau dengar, dan betapa aku suka bila kau boleh mengulang setiap bait kata aku semula.

Berpaksi dengan aras paling gila, kita berdua bermimpi menuju angkasa, mahu beradu di galaksi sana, apa kau dan aku sudah gila? mabuk disinggah asmara cinta, atau hanya kita melankoli dengan rasa?

soalnya nanti, aku takut, bila kau pergi, kau akan lupa siapa aku. Dan aku sudah mula bosan untuk mengulangi segala nya untuk mendapat satu momen yang berharga untuk kita berdua.


tak, semua tak akan berakhir begini kan?

Sisipan Sastera Untuk Arjuna Perindu
| 8:17:00 pm | 0Comment




Aku buatkan kau ini. Satu sastera bagi arjuna perindu. Aku sisipkan diruang jendela.
Nanti bila tenang, kau buka dan baca. Ya?
Bila malam kau buka sisipan sastera itu. Maka terbanglah sepuluh pari-pari comel yang membawa
pelbagai warna dalam cahaya. Berdendanglah mereka.

Dendangan bukan dengan lagu cinta. Tetapi, irama yang kedengarannya bahagia.
Dialun dengan serunai dan gambus dari Syurga. Berterbanganlah fizikal nipis not-not bahagia.
Not-not membentuk zarah-zarah baru. Terbentuk satu jasad yang menghampiri sempurna.
Jasad yang aku namakan 'Aku'.

Kau tarik tangan Aku dengan tangan kanan kasarmu berlapikkan sehelai sutera yang Aku bawa. Bergelumang dengan melodi bahagia dari pari-pari, kita berlari ke satu sudut dan mula menari.
Walau langkah Aku pincang, kau tetap sabar memberi ajar.

Berdenting masa. Loceng menggoncang gegendang telinga. Dan sudah tiba hujungnya.
Aku pergi dan bercerai menjadi not-not tadi. Pari-pari bergegas menyusup ke sisipan sastera.
Membawa sekali kesemua cahaya gembira. Jika kau punya sayang, kau nampak, Aku sedang melambai sayu.
Tetapi, aku sempat menghulur tangan, mencampak sejenis rasa Rindu. Bersama sedikit Harapan.
Kedua-dua nya terus pipih melayang ke dasar hati kau yang paling terdalam. Dos nya Aku beri lebih. Kedua-duanya akan buat kau gian. Akan buat kau selalu ingin sastera ini datang menjengukmu.

Suatu hari nanti, bila kita sama-sama bersedia, Aku bawa sisipan sastera baru.
Juga memperbaharui rasa Rindu dan Harapan itu.

Daya
| 8:15:00 pm | 0Comment



Walau berdiri aku rasa mati,
walau menari aku rasa mati,
lalu menangis pun aku rasa mati.


Semangat aku sepertinya sudah ditari,
direntap oleh satu daya yang kuat.
Seluruh organ aku ibarat berderai.
Seluruh jasad aku ibarat lunyai.
Seperti roh sudah terbang pergi meninggalkan jasad.


Terpinga-pinga dalam mencari sendiri daya,
yang punya segala jawapan.

rindu
Wednesday 8 October 2014 | 7:32:00 pm | 0Comment



Setiap hari aku buka mata aku mesti mahu satu perkara.

Aku mahu kau ada sini.

sakit
Saturday 4 October 2014 | 12:05:00 pm | 0Comment




Harapan boleh bagi kau dua perkara. Hidup atau mati. 

Harapan mampu bangkitkan semangat. Buat kau ada tujuan untuk terus bukak mata setiap hari. 

Harapan juga boleh bunuh kau bila bila masa dia nak. Kau kejar dia tapi kalau kau salah langkah sikit, dia tarik picu dan hala pistol pada kepala kau. Kalau sempat mengucap dua kalimah syahadah, kau dah kira bertuah.

palsu sendiri
Friday 3 October 2014 | 8:45:00 pm | 0Comment




Untuk memuaskan semua yang sedang bersoal tanya.
Aku terpaksa hidup pada ketika. Mereka menginginkan aku! Menginginkan aku menjadi mereka. Yang ketika dahulu mereka juga terpaksa berubah untuk penghinaan orang lain.
Dan aku sama seperti patung patung lain yang mereka cipta sejak jingga tiba.

Aku seperti ingin dipatungkan .
Di mainkan
Di ketawakan
Di balingkan sejuta penghinaan
Di kejikan 

Pada setiap baris yang sibuk berbicara
Ia percuma tapi perlu bersikap mahu
Percuma! melainkan aku yang
memaksa untuk dirangkul aku
menjadi manusia yang palsu didepan
semua yang menginginkan aku
tunduk pada penipuan diri.

manusia tanpa perubahan
| 5:48:00 pm | 0Comment



Dan aku cuba diamkan diri. Melihat segala spekulasi, persepsi, diskusi yang terus berada depan mata aku. Nak tengok lah apa yang akan jadi seterusnya kalau kita hanya bercakap jika tiada perubahan, tanpa perubahan. Hanya mampu meriakkan diri, membangga kan dada yang tidak lah sebidang mana. Elehhh kalau kau boleh bercakap, kucing pun boleh mengomel. lagi luar biasa dari kau cakap.

Manusia memang susah nak lari dari apa jua perasaan yang akan menjadikan satu habit dalam diri. Maka dengan adanya habit dalam diri tuh, kalau nak berubah memang susah. Dan apa akan terjadi jika kau tanpa perubahan? Kau akan jadi kau yang begitu penipu. Kalau kita nak berubah itu atas diri kita juga. Kau tak akan jadi diri sendiri kau asyik jadi orang lain.

Kadang-kadang kita mampu menjadi fake atas karektor orang lain, dan lama-lama rasa fake tuh akan bunuh kita juga. Percayalah! Menipu jangan lama-lama sebab kelak akan diperbodohkan balik. Aku paling tak suka bila bercakap, sembang gampang, lepak sekali dengan orang yang fake ni. Bercakap macam lain, buat apa yang dicakap juga lain.

Bercakap soal perubahan ni sebenarnya kita boleh berubah. boleh jadi apa yang kita nak asalkan jangan menipu diri sendiri untuk berubah. percayalah! orang yang suka menipu dalam hidup dorang susah nak rasa apa itu kehidupan. kehidupan akan jadi menakjubkan, indah dan pada semua subjektif yang kita rasa teruja jika kita ada kehendak untuk berubah

kau
Thursday 2 October 2014 | 6:08:00 pm | 0Comment




dalam diri manusia ada ruang legar masing-masing, ruang yang digunakan untuk istirehat sementara, mahupun sebagai tempat rawat setelah luka.

aku gunakan ruang itu secara sebaiknya. kadang-kadang aku sembunyi dalam ruang yang besar itu. bagusnya tiada siapa yang mampu lihat aku dalam ruang besar kosong. aku jadi halimunan dalam ruangan aku sendiri.

banyak yang aku tonton, lihat dan belajar dari ruang legar aku itu; aku lihat manusia yang kecewa pada cintanya, aku lihat manusia yang berusaha bangkit dari jatuh, teman yang meletak seribu pengharapan pada takdir, teman yang menghiburkan hatinya selepas patah, suami-isteri yang cuba beri yang terbaik dalam hubungan, gadis yang sentiasa mahu menarik perhatian, dan seribu satu cerita lain lagi.

kisah gembira atau suka seringkali berjaya buat aku senyum berabad lama, cuma luka terasa menekan bila aku lihat ada yang berbalah. aku sesal dengan diri aku yang tak mampu buat apa-apa. jadi aku tanamkan begini; setiap manusia lain lekuk cabarannya, lain pahit manis hidupnya. dan begitu juga aku si halimunan.

tak banyak benda hebat yang aku mahu atas dunia ini, cukup ada teman dan kau yang sentiasa memegang hati aku dengan gengaman semangat. yang kemudiannya aku balas dengan senyuman.

p/s; kalau kau ada di tepi gelanggang dengan muka pengharapan untuk kejayaan aku, apa lagi yang aku boleh rasa ;')

           

maaf
| 6:03:00 pm | 0Comment



membenci diri sendiri?

lebih benci dari pembenci membenci makhluk paling dibenci. macam itulah sekarang. menghiris, meluka orang yang sepatutnya dihargai, si bahu membahu.

p/s; maaf, kawan kamu yang satu ni (aku) tak pernah sempurna di mata kau macam yang lain.

penari
Tuesday 30 September 2014 | 8:17:00 pm | 0Comment



menari-nari, melompat-lompat
ketagihan dalam seminggu. kemudian bila penat, akhirnya penari tertidur,
dan bermimpi

wanitanya duduk diam di satu sudut sambil membaca buku hitam berkulit keras.
sudah lima minit, dia masih dikondisi yang sama; memerhati wanitanya.
kemudian satu suara lain menegur dari belakang dan penari berpaling

tiada siapa.

matanya kembali mencari imej tadi, tapi yang tinggal hanya bayang-bayang
wanitanya, mahupun buku hitam berkulit keras menghilang.
penari ke sudut wanitanya yang hilang tadi dan dia terjumpa sekeping kertas biru cair, tertulis;

kau terlalu memuja apa yang kau nampak, sedangkan kau tak melihat apa yang kau dengar.

serentak penari terbangun dari mimpi. dia meraup muka dari dagu ke kepala dan kemudian menyambung tarian dan lompatannya. untuk seminggu yang penuh ketagihan, lagi.

Kopi susu panas
| 8:08:00 pm | 0Comment

sekitar 2.34 pagi aku duduk-duduk di meja menulis. ditemani nyalaan hanya lampu meja dan segelas kopi susu panas aku tekun bercinta dengan kerja sekolah. tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di tepi meja, di kawasan kopi susu panas.

krekkkk kreeekkk krrrekk

aku pandang kopi susu panas. tiada respon. aku kembali sambung menulis. tapi sekali lagi ada bunyi.

kreekkk krekkkk krrrekk

kopi susu panas aku berkocak-kocak. dalam putaran saat yang dirasakan lambat, kopi susu panas aku mula keluar dari gelas mengikut arah lawan graviti. membentuk bentuk yang mulanya aku tak faham. sedikit demi sedikit cecair kopi susu panas mula berubah jadi pepejal. menjadi seorang bidadara.

kopi-susu-panas-yang-pepejal memandang aku dan senyum. dan dia berkata

jam begini kau masih belum tidur bekerja? sebenarnya kau memikirkan aku atau kau bekerja?

air kopi panas yang pepejal tadi kembali menjadi cecair dan menghentam muka aku. aku tersentak. sentakan yang membangunkan tidur aku di atas katil. aku raup muka. tiada air kopi susu panas, yang ada hanya air liur basi. 

dan aku lihat jam, 2.35 pagi.
         

100
Sunday 28 September 2014 | 8:29:00 pm | 0Comment




aku terfikir secara tiba-tiba.
kalaulah aku dapat tahu yang aku hanya ada 100 hari baki atas bumi, apa yang akan aku buat?

100 hari. 


apa yang akan aku isi dengan hari-hari mendatang aku yang waktu itu dalam kiraan?

aku, aku tak tahu..

si penakut manusia
| 8:26:00 pm | 0Comment





patutnya letak saja aku dalam sebuah pulau tanpa hidupan berjantung sebesar kepal tangan (baca; manusia). pulau yang ada ketul-ketul batu putih, pokok-pokok gagah dan tanpa binatang buas.

mungkin aku bosan hidup dengan manusia.
mungkin juga aku khuatir manusia bosan dengan aku.

sebenarnya aku lebih gusarkan yang ke-dua, jadi biarlah aku lenyap dari mata mereka dan duduk senyap-senyap dalam buangan. mereka ragam yang menakutkan, aku yang tak betah jadi si penakut tanpa sebab. aku yang penakut pula kerap benar buat silap, bikin benci, bikin koyak-koyak rasa senang mereka.

jadi hantarlah si penakut manusia ke pulau, moga kamu senang dan aku juga tenang.

laluan sepi
Saturday 27 September 2014 | 6:47:00 pm | 0Comment



dengarlah berjuta lagu pembangkit semangat, tontonlah beribu cerita keinsafan, bacalah sebanyak mana tulisan motivasi, kau tetap akan jadi kau yang lama selagi hati itu tak berbalik pada tuhan.

tuhan, hati ini terlalu rapuh untuk dipegang dalam genggaman sendiri. 

Tauhu sumbat
| 6:42:00 pm | 0Comment



aku seperti tauhu sumbat yang disumbat-sumbat dengan segala sayur; ada sayur lebihan semalam, ada juga sayur segar padi tadi. tapi kebanyakannya sayur yang dah berlendir. jadinya aku memadat dan hampir pecah. bermula minggu lepas aku berada di satu pulau yang dihuni oleh orang karam kapal, bila mana kami kehabisan bekalan, tenaga dan masa, kami mula bercakaran. ada yang menyesal ikut berkapal bersama, ada yang saling salah menyalah, ada yang cuba baiki bot penyelamat agar kami semua dapat selamat bersama, dan ada juga yang cuba kondem agar kami terus saja terkandas di pulau itu.

tak mengapa, dari situ segala yang tersembunyi sebalik muka dan kulit selama ini semuanya jadi kelihatan, tak tertutup. yang cela mahupun yang tulus.

balik dari kapal karam, aku cuba tenangkan diri dan tidur dalam kabin kapal penyelamat. tenaga aku terhidrat dengan sangat dasyat waktu di pulau dulu. tapi rupanya dalam kabin pun ada sedikit pergolakkan. ini kabin penyelamat yang bergolak. dimana aku juga rupanya turut dikecam sewaktu masa dahulu. membuatkan aku berfikir; manusia memang tak akan pernah sempurna, mereka akan sentiasa berbeza, bercanggah dan bertindakbalas dengan ketidakselesaan yang datang. tapi bergolak macam mana pun, kita tetap satu kapal, hanya kita ada untuk satu sama lain. yang berbeza dengan kita itu hanya seperti angin lalu; tak tinggalkan kesan.

lagipun, kapal sendiri tak mampu belayar tanpa angin.

tapi dari situ juga aku baru aku tahu betapa kurangnya aku; aku yang lemah, aku yang mudah kalah dan aku yang mudah marah. betapa aku berharap, aku bukan begitu untuk esok dan hari-hari seterusnya.

p/s; baik di pulau atau di kabin; pilihlah kita mahu jadi apa? asid, alkali atau peneutralisasi?

disebabkan mencarut itu tidak elok
| 6:39:00 pm | 0Comment



disebabkan kesibukan yang membabi-buta, aku telah mula tabur benih kurang baik pada setiap orang yang aku dekat, yang aku sayang. jadilah aku si-jengkel-seperti-mahu-ditampar tumbuh mekar atas bumi.

tahniah.

Jarak
| 6:31:00 pm | 0Comment



Aku bangun dalam kekesalan.
Satu kekesalan yang tidak akan pecah seribu jika jatuh. Kekesalan sebesar awan gelap, jika dibawa arus kuat mampu menghitamkan laut biru.

Bagaimana untuk menghilangkan rasa kesal?

Susah.

Aku tidak mampu untuk menghilangkan rasa itu kerana ia adalah perkara yang perlu ditempuh, untuk jangka masa lama. Ia adalah hukuman, benar. Atas kesilapan sendiri, benar.

Apa yang boleh dibuat dalam mengharungi kekesalan?

Tidak pasti.

Lari. Sekuat hati.
Membiarkan segala kekesalan turun dari otak menjadi degupan jantungku.




Aku hidup dalam penuh kekesalan dan aku akan berlari.

Rentap
| 6:26:00 pm | 0Comment



Kalau Tuhan cabut segala apa yang aku rasa sekarang supaya aku tenteram mencari pedoman, dalam sekelip mata Dia boleh buat. Kita boleh minta apa saja dari Dia. Kalau itu yang aku minta, mungkin akan sedikit senang hidup aku. Rasa kosong boleh membuatkan aku tidak lagi terus cuba mencipta ikatan secara terpaksa.

Tuhan tahu, bukan itu yang aku perlukan.

Dia tahu aku perlu melangkah ke depan dengan sepenuh kepercayaan kepadaNya. Dia percaya pada aku, dan aku juga harus percaya kepadaNya.


Itu yang kurang pada diri aku sekarang.




Langkah pertama. Entah kali keberapa.

Tanam
Wednesday 24 September 2014 | 9:00:00 pm | 0Comment




Sudah agak lama bait-bait puisi aku tertanam mungkin kerana aku tidak lagi sakit, aku tidak lagi mampu merasa dan aku cuma berhati batu , berhati lali. Dan semakin hari aku semakin tidak lagi kisah .

Alasan
Saturday 13 September 2014 | 7:48:00 am | 0Comment



Dan diambil dalam keadaan tak sempurna, dan ditinggalkan dalam keadaan semakin tak sempurna. Hanyut dalam sungai seribu satu perasaan. Adakah patut ku pujuk lagi, dan minta sedangkan hari ini aku semakin lelah. Jujur aku katakan aku mahu angkat topeng menutup segala cacat cela dan luka. Menutup segala emosi mencengkam jiwa. Aku kehilangan pasak. Aku kehilangan tongkat. Aku tak mampu berjalan. Yang tinggal hanya rebah. Hanya lelah.

Wajah hodoh ini harus disiat cuma. Gantikan dengan topeng gembira. Aku tak mahu lagi menahan paksa. Aku benci kekurangan diri. Aku benci. Aku benci kegagalan. Aku benci kekecewaan. Sumpah sakit menikam otak bertubi-tubi datang lagi. Dan kali ini aku sendiri. Tanpa ubat penenang lagi. Lelah. Perit. Sakit. Aku.. aku mampu menjeda rasa atau tidak. Atau mampukah aku meletakkan noktah. Perlukah aku meletakkan segalanya atas alasan untuk bahagia.

Andai nanti tanpa sengaja aku menekan butang main semula adakah rasa ini akan datang menyerbu dan menyesakkan tubir mata lagi. Mainan rasa akan berlegar dalam ruang hati dan fikiran. Atau harus sahaja nanti aku meletakkan segala kisah yang tertulis dalam setiap lembaran kali ini pada mesin paper shredder. Biar menjadi helaian halus yang sukar untuk aku cantum kembali dan biarkan terus terhapus bersama lembaran lalu.

Aku, aku penat. Aku mempelajari sendiri. Aku masih mencari jalan. Masih cuba memegang remote kawalan supaya tidak tersasar. Agar semuanya kekal dan tetap. Tiada lagi air mata luka dan duka. Namun aku tahu aku harus sedia dengan paper shredder juga. Butang pause akan digunakan. Begitu juga dengan titik noktah. Masa itu aku tak perlu penting diri, hati aku tak larat nak luka. Dia kena kuat. Aku lakukan atas alasan untuk bahagia.

Semua terjadi ada sebabnya. Aku harus belajar. Aku harus menerima mahu atau tidak. Aku kena teguhkan pasak yang sudah lama aku goyahkan. Aku harus berpijak atas realiti. Aku bukan di alam mimpi. Ii bukan permainan. Ini bukan mimpi. Aku berdepan dengan kehidupan. Realiti yang tak pernah tidak kejam terhadap aku dari dahulu. Dan ini adalah ujian. Ini adalah salah satu halangan dalam laluan mencari bahagia.

BER-TUHAN
Friday 12 September 2014 | 7:05:00 pm | 0Comment



Memandang aku ke luar jendela
Melihat ke langit bintang
Memandang aku ke awan berarak
Melihat ke dada sebak
Sudah ku bilang
Kunci di tangan
Sudah ku hilang
Separa lawan

Aku menyapa ke langit
Hai awan
Hai bintang
Hai bulan
Hai kawan
Aku perlu bantuan
Jaga dia, dia , dia, dia
Jaga mereka
Jaga dia untuk kita
Jaga mereka untuk kita

Kawan
Tuhan
Engkau corak cara aku berjalan
Aku seolah faham apa permainanan
Syukur aku hadap ke atas
Risau aku hati keruan

Kawan
Tuhan
melihat semua berlawan
Menengkah arus ingin menawan
Ada dipapah
Ada dipimpin
Sedang aku tidak heran
Engkau menarik aku ke satu bulatan
Memberi aku kunci kebebasan
Cuma pintu itu bakalan ke syurga
Atau neraka syaitan
Kawan

Tuhan
Aku tahu ada hati yang kecewa
Bila aku bilang manusia itu
Sifatnya buat-buat
Dalam dunia aku
Percaya aku cuma satu
Cuma pada kamu

Engkau
Lawan,teman,kawan
engkau
Tuhan

Hanya engkau tahu apa engkau mahukan
Dan hanya aku tahu apa aku lakukan


Dan antara kita
Tiada yang buat-buat

B
Tuesday 19 August 2014 | 6:04:00 pm | 0Comment



catatan yang tidak bertajuk
Saturday 16 August 2014 | 9:57:00 am | 0Comment



Hal-hal sebelum tidur adalah yang paling menakutkan, kerana di waktu itu kau di antara nyata dan mimpi. Seketika sepasang mata kau memandang kipas tanpa erti, dan terkadang mata kau tertutup tanpa sedar melihat gelap yang juga tiada erti. Seperti kau tidak tahu apa-apa tentang diri sendiri dan dunia. Hanya tinggal sepi dan sesekali bunyi beberapa titis air menitis ke permukaan sinki. Tetapi tidak cukup mencuri konsentrasi kau. Seperti itu lah aku sebentar tadi, lalu aku bangkit dan membuat keputusan untuk menulis catatan ini. Catatan yang belum diberi tajuk.

Tidur, sesekali menjadi musuh aku, namun ada waktu lain tidur ia begitu rapat menjadi teman bermain sama mata aku. Aku benci fasa sebelum begitu benar masuk ke alam tidur. Ada perkara yang aku tak mahu dari hidup sebelum aku tidur, kenangan misalnya, tetapi setelah beberapa kali anak-anak memori yang berlari-lari di atas padang ingatanku, ia tetap memaksa aku kembali menunggang mesin masa dari fantasi aku. Kembali kepada ingatan-ingatan sewaktu kecil.


Sesekali aku curi keluar dari jerat ingatan itu, aku tekan tab tweet, oh ada perkara menarik! ada segelintir kecil; dalam kiraan satu ke tiga orang sedang berdiskusi tentang buku. Aku ada ingatan yang baik tentang buku. Aku tidak tahu bagaimana, otak aku gagal untuk mengingati hal-hal tentang masa kecil yang selalu dilakukan seperti budak lain, tetapi tidak aku. Boleh jadi aku tidak mencintai sesuatu itu terlalu dalam, sehingga ia pergi dengan begitu mudah sekali. Tetapi tidak dengan buku. Walhal aku tidaklah terlalu mencintai buku seperti kekasih, tetapi ia tetap menjagaku sehingga hari ini.


Oh ya, kembali kepada segilintir kecil tadi,mereka berdiskusi tentang hal menjadi penulis. Aku ambil langkah memerhati sahaja. Banyak soal dan jawab yang dikemukakan. Semuanya cenderung menulis puisi. Dalam hati aku fikir, macam aku. Tapi belum tamat di situ, aku fikir kembali, untuk menjadi penulis apa yang aku ada tentang ingatan semasa kecil? Aku sudah rasa kegagalan yang pertama. Aku tak mampu mengingat secara detail, tentang buku kegemaran apa yang aku baca dulu, di mana buku pertama yang aku beli dari kedai buku, dan juga bagaimana aku tidak berkawan dengan pencinta buku ketika itu.


Malah yang lebih jelas, aku tidak pasti apa yang telah membawaku untuk menulis, adakah kerana kekecewaan yang begitu panjang sehingga tidak terubat, atau aku mencari sesuatu dalam menulis. Sampai hari ini aku belum jumpa satu jawapan yang konkrit dan munasabah untuk dijadikan sebab. Teringat aku pada tulisan Orhan Pamuk dalam The White Castle,

I knew that at any moment the book would be snatched from my hand,yet I wanted to think not of that but of what written on its pages.It was as if the whole of my past life which I dreaded to lose;while read random phrases under my breath,as though reciting a prayer.I desperately wanted to engrave the entire volume on my memory so that when they did come,I would not think of them and what they would make me suffer,but would remember the colours of my past as if recalling the cherished words of a book I had memorized with pleasure."

Ketika buku catatannya hampir dirampas,sewaktu hingar bingar yang tercetus di dalam kapal yang bergerak dari Venice ke Naples. Walaupun sudah menulisnya di atas kertas-kertas tetapi dia masih takut akan kehilangannya, ketakutannya bukan akan kehilangan catatan tersebut, tetapi akan kenangan yang ada dan perasaan sewaktu ia menulisnya.

Sekarang, aku baru jumpa jawapan yang "sedikit' atau boleh aku kelaskan sebagai sebab pertama yang kukuh untuk terus menulis, menulis adalah kerja mengingati masa lampau, menulis adalah menghargai perasaan dan meraikan setiap baris kata yang terungkap di dalam tulisan sebagai kebahagian sendiri.

Maafkan aku untuk catatan yang sedikit panjang,dan susunan bahasa aku yang mungkin tidak difahami,selamat menguntai rasa dan berbagi kebahagiaan dengan manusia!

tracklist while typing: Don't be Afraid-Keaton Henson
                                    You-Keaton Henson
                                   Small hands-Keaton Henson

Jalan
| 9:51:00 am | 0Comment



Sepahit mana hidup kau itu, kau tetap kena laluinya juga. 
Aku gambarkan hidup itu macam kau melalui sebatang jalan yang panjang.
Kalau kau mahu mahir berkelana dalam hidup lalulah jalan itu selalu. 
Kau akan hafal di mana lopak biasa menguji kesabaran, kau tahu di mana bump kurang menyenangkan, kau sudah alah dengan kasar jalan lama tidak berturap. 
Lama kelamaan kau mahir. 

Kemudian cari pula jalan baru untuk ke destinasi sama, baru tak terkejut bila jalan pertama sedang dibaik pulih atau binasa selamanya.

Yang penting-
Cuba.

Mata lelap cepat sayang?
| 9:46:00 am | 0Comment



Aku layarkan beberapa keping imaginasi kertas dalam selautan mindaku berhujungkan infiniti. Meronai setiap hempasan dan terjahan soalan soalan ketakutan dengan sedikit warna-merah,biru,kuning,jingga dan pelbagai. Supaya nampak lebih manis untuk dirodai lagi imaginasi aku.

Kadang dilanggar batuan kecil meteor panas-sampai aku rasa ia sebuah hadiah kecelekaan, seolah mahu membungkus diri dalam kepingan besi paling keras dalam dunia. Sedang yang melanggar cuma partikel partikel dari angkasa. Kuatnya sebab sudah tercantumkan.

Kadang sempat aku disapa segerombolan awan mesra kumulonimbus. Didakap aku dalam kumpulan airnya, bawa aku terbang jauh dari puaka kejahatan. Dikenalkan aku dengan sang angin yang berbakti siang malam. Mendamaikan hati-hati yang kekecewaan, membangkitkan ketiadaan lagi asa dalam jiwa-jiwa yang terkubur.

sampai layar aku terhenti, menghentam dinding paling gelap

mata lelap.