Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
:'D
Saturday, 30 November 2013 | 12:03:00 pm | 0Comment


Mungkin aku tak kan rasa kasih sayang kau tu.
Mungkin aku takkan rasa macam mana bila dapat,kasih sayang yang mereka canang-canangkan tu.
Saat mereka bercerita.
Saat mereka menulis.
Akhirnya, aku akan menangis sendiri.
Tidak, aku bukan benci.
Tapi, aku sakit kerana tak tahu apa rasanya disayangi macam mereka ceritakan itu.
cuma aku sudah tak kuat mendengar mereka bicara.
(Kau tahu, aku suka mendengar mereka yang nak bicara dengan aku,
Sebab aku, aku tak tahu harus bicara apa dengan mereka.
Banyak benda yang aku tak boleh dan tak gamak nak cerita.)
Atau Tuhan dah tarik kesembuhan dari ‘ubat’aku yang dulu tu.
Aku kena cari ‘ubat’ baru,
atau tambah dos nya.
Aku tak tahu.
Yang selalu aku harapkan,
Tapi, mungkin takkan.
Takpelah.
Semoga suatu hari nanti,
Allah beri izin kau rasa kasih sayang - NYA.
Mungkin kau kurang kasih sayang,
Maka itulah kau jadi begini. 
kalau suatu hari nanti,
Kalau masih ada hayat,
Kalau masih sempat,
Aku ingin melihat kau berubah.
Sungguh, aku pun tak tahu bagaimana lagi harus aku usahakan.
Sekali lagi aku merasa sangat sakit dengan perbuatanmu,
dengan kata-katamu,
Tapi, tak mampu aku tunjukkan seperti mana yang kau tunjukkan kepada aku.
Allah akan beri pada aku,
Kau yang aku harap-harapkan.
Kalau tak pun,
Jika selepas ‘kepulangan’aku kepada Tuhan pun,
Tak mengapalah.
Aku tahu aku akan bahagia disana,
Melihat kau yang sudah berubah di sini.
Sungguh aku tak mahu.
Dan aku pun tak tahu, apa lagi yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati mu.
Hati aku jadi sakit,
Tidak, aku tak cemburu.
Aku bukan tak suka,
Mungkin aku sudah imun dengan ‘ubat’ tahan sakit yang dulu.
Kasih sayang kau itu,
Masih tetap akan aku doakan dan berharap,
Dan aku tunggu,
Dan hari ini,
Kalau ada rezeki,
Aku tak mahu melihat kau menangis.

-Dari lubuk gaung hati