#HeartTalking
Saturday, 9 November 2013 | 7:45:00 am | 0Comment
Subhanallah! Alhamdulillah! Syukur. Aku masih menghembuskan nafas di muka bumi yang sementara ini. Ini semua dengan izinNya Allah SWT. Mengapa aku, kau, kau, dia, dia, mereka semua tu masih hidup lagi? kenapa? jom fikir. #Renungan.
Yelah. Sebab Allah nak kita berubah. Sujud kepadaNya. Allah beri kita perluang untuk hidup semata-mata untuk bertaubat kepadaNya. Allah hanya mahu kita sujud dan sembah padanya sahaja. Kenapa? Takut taubat korang tak diterima oleh Allah? Tidak. Jika korang ikhlas dan berazam tak nak buat lagi, InshaAllah. Aku doakan. Allah kan Ar-Rahman Ar-Rahim ? Sudah nyata dituliskan Allah Pemurah lagi Penyayang. Tahu kan? Mari kita tunduk pada yang Esa. Jangan peduli mulut orang, dah mulut orang tak boleh tutup. Nok buat lagu mano lagi an? Birlah sampai dia bosan.
Aku bukan pandai sangat dalam perihal agama. Ceeehhh ayat skema. Ahaha. Ya, aku masih jahil tentang agama, tapi korang tak da hak nak suruh aku berhenti menyampaikan okay! Aku sedang belajar. Itulah Allah menyuruh kita supaya menuntut ilmu. Sebelum ini, aku jarang mendekatkan diri dengan Allah. Ya, dulu. Bukan hak sesiapa mahu mengungkitnya. Aku khatam Al-Quran tapi tak paham maknanya. Buat apa kan? :'( Amat menyedihkan....
Aku manusia jahil yang ingin keinginan didunia. Aku tahu dunia ini hanya sementara. Aku tiada hak dekat dunia ni. Hak aku pada yang Esa. Hanya Allah. Kadang-kadang aku terfikir untuk mati, tapi amalan aku cukupkah untuk dijamin ke syurga?
Aku buat banyak dosa.
Aku pendosa tanpa noktah.
Aku sering menyakitkan hati orang, tapi orang menyakitkan hati aku bagaimana?
Ahh! abaikan.
Siapa aku untuk judge korang kan??
Aaaa!! Pening akulah T^T
Solat. Pernah tinggal solat? Dari aku 7 tahun hingga aku cukup umur, dari aku cukup umur hingga sekarang. Dah tentu aku ada meninggalkan solat. Aku leka dengan mainan dunia yang di kawal Allah Pencipta kita. Banyak kali aku tinggalkan. Subuh jarang sekali. Itu dulu. Sekarang aku cuba untuk berubah. Tapi aku masih jahil.
Aku ingin berhijrah!
Dari buruk kepada baik.
Dari baik kepada lebih baik.
Aku ingin ke syurga. Aku nak jumpa dengan Nabi Muhammad SAW.
Tapi,, layak kah aku?
Aku takut aku tidak layak untuk berjumpa baginda :(
Ini kerana aku masih seorang hamba yang jahil..
Dan aku pinta,
Kalau aku salah, tegurlah aku, Okay??
Setiap manusia ada kelemahan sendiri ^^
Okaylah. Setakat ini sahaja. Terima kasih sudi membaca. Sayang korang.. ahaha
*senyum lebar*