Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Pernah?
Sunday, 1 December 2013 | 3:40:00 pm | 0Comment




Pernah tak, rasa macam mahu pergi dari semua orang. Rasa menyesal diwujudkan dalam hidup orang lain. Kerana sering menjadi punca kelukaan mereka. Bukan kerana diri ini jahat, tetapi kerana kita pernah membawa bahagia ke dalam hati mereka, tetapi pada suatu hari kita terpaksa pergi. Dan perginya kita seolah-olah membawa bersama bahagia yang kita pernah berikan. Mahu saja berkata, bahagia ini Allah yang punya, bahagia ini Allah yang beri. Pemiliknya bukan aku, maka tidak seharusnya perginya aku bermakna perginya bahagia itu. Bahagia itu wajarnya kekal di situ bersamamu sedangkan aku hanya penghantarnya sahaja. Tiada posmen yang datang menghantar kiriman tetapi kekal di situ. masing-masing akan pergi untuk melaksanakan tanggungjawab seterusnya.

Duhai yang di sana, aku ini cuma wasilah. Aku tak kekal di sini. Aku harus pergi. Terimalah anugerah bahagia dan cinta yang Allah berikan buatmu, kekal lah dalam mencintai Pemiliknya yang sebenar. Itulah bahagia yang hakiki.