Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Life & Problem
Sunday, 5 January 2014 | 7:40:00 pm | 0Comment





Hidup.
Masalah.

Mana boleh pisah.

Semua orang ada masalah. Semua orang ada ujian. Semua orang pun kena cari jalan nak selesaikan masalah.

Bukan lari.

Sedar tak sedar lari tu cuma dapat jauhkan kita dari masalah, bukan hilangkan dia. Tak. Kalau kita tak belajar cara nak selesaikan masalah, in future, the same problem datang sekali lagi, still kita takkan dapat buat apa selain lari.

Lari.
Penat.

Penat kan lari?

Aku tahu. Penat sangat. Sampai satu saat tu baru sedar Tuhan tu keep on kasi masalah yang sama sebab nak kita belajar selesai masalah. Stop running, stop hiding. Face the problem.

Tapi.
Payah.

Payah nak face the problem. Sebab kita takut sakit. Kita takut terluka. Kita takut kita tak mampu nak bangun lepas jatuh nanti. Dan paling penting, kita buntu tak tahu nak buat apa pun sebenarnya. Tak nampak jalan. Gelap.

That's the saddest part.

Betullah orang kata. Kita cerita masalah dekat seribu mahu sejuta orang pun, diorang hanya mampu mendengar dan kalau mampu beri nasihat, diorang akan beri.

Tapi yang paling penting, diri sendiri.

Kalau diri sendiri yang pilih untuk stay, duduk takuk lama, tak nak mencuba cari jalan, nak buat cemna kan?

Well it's your choice. Choose.

Caranya yang sentiasa ada.
Tapi tak ramai pun nak nampak.

Cari Dia.

Mungkin kita jarang terfikir nak cerita masalah kita dekat Dia sebab kita tak nampak Dia. Lumrah manusia lepaskan segala perasaan dekat benda yang diorang nampak. Dekat parents, kawan, lepas geram dekat benda sekitar, mesin gedegang, mahu calar kereta orang sekalipun.

Heh.

Tapi dekat Dia?
Entah.
Mungkin pilihan terakhir.

Padahal semua pun tahu, Dia dengar semua benda. Even lintasan hati yang tak sampai 5 saat tu pun Dia tahu.

Yep, Dia dengar semua. Semua. Tak da yang terkecuali.

Nak tahu lagi apa yang paling menyedihkan? Bila kita merintih dekat manusia mahu benda lain, bukan pada Dia. But still, Dia tetap tolong, mend kan hati kita balik. Benda yang manusia dan benda lain tak mampu nak buat. Takkan mampu.

Sedihkan? Dia sayang kita. Tapi kita macam tak da perasaan apa pun dekat Dia. Bila jatuh, Dia yang tolong angkat. Dia yang tolong dakap. Dia yang tolong rawat luka.

Kita?
Nak wujudkan rasa bersyukur pun payah. Payah sangat.

Macam mana tak lari dari masalah, bila dah tak nampak jalan. Sebab cahaya iman pun tak da nak terangkan jalan.

Entah.
Bila nak sedar. 

:'(