Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
I don't think you'll be converted.
Monday, 24 March 2014 | 2:43:00 pm | 0Comment




Hidup ini seolah kau berjalan di satu jalan yang lurus, atau pun macam kau tengah tunggu sushi yang tengah bergerak atas conveyor belt depan mata kau,
cuma terpulang kat kau nak kutip mana satu,
nak pakai sebat semua sekali atau main pilih-pilih.

dan ikut nasib kau jugak.
kau dapat restoran yang macam mana,
kau dapat jalan raya yang macam mana,
kau dapat lebuh raya ke,
yang kau jumpa banyak kereta tapi kau tak akan dapat kenal diorang melainkan kau;
1) eksiden dengan diorang
2) diorang yang eksiden dan kau tolong
3) kau berhenti konon nak tolong lepas tu kena rompak
4) dan sebagainya.
atau,
kau dapat jalan kampung yang mana kau akan bawak selo-selo,
kadang-kadang berhenti,
lepak minum kopi,
tak pun berhenti tanya jalan,
tak pun kau simply berhenti dan beramah mesra dengan orang-orang kampung.
sebab orang-orang di jalan-jalan kecik macam ni nampak macam sedara je pada mata kau.
pada mata kita.
nampak macam kenal, nampak macam senang cakap, nampak macam sentiasa nak tegur kita 24/7.
sambil sembang-sembang kau mesti dapat tau seperkara dua. mesti punya.

dan memang proses untuk aku kenal engkau,
ialah dengan lalu jalan yang sama,
atau cuba cari jalan yang lebih-kurang sama,
supaya aku pun dapat kutip apa yang kau kutip.
dan dalam masa yang sama, campak balik apa-apa yang aku tak berkenan.

sekecil-kecil perkara,
contoh,
satu line dalam movie,
katakan lah, 500 days of summer,
"kitorang dua orang dewasa yang matang, kami tau apa yang kami rasa, kami tau kami suka, perasaan kami apa, tak perlu label-label apa bagai"
itu, adalah satu cebis yang kau kutip dan malah menjadi antara cebis-cebis yang bersatu dan langsung menjadi engkau.

aku dari dulu persoalkan, kenapa ya.
bukan apa,
bila dejavu/dejavecu selalu sangat datang,
dengan orang lain tak,
dengan engkau je.
dengan orang lain cuma kadar yang biasa-biasa,
tapi engkau, engkau..
bila dah selalu sangat, takkanlah aku tak tertanya-tanya?
tuhan, apa ini petunjukMu?
petunjuk ke arah apa?
kepada apa?

dan kadang-kadang ya,
bila dejavu/dejavecu terjadi lagi,
itu dah jadi seolah-oleh confirmation,
bahawa,
ya, aku sedang diatas laluan takdir yang betul(?)

tuhan, adakah ini akidah yang betul?
Allah, ampunkan aku kalau aku salah.

Ruang dan peluang yang ada di sana-sini, sesingkat-singkat pertemuan kau dengan seseorang,
sekecil-kecil perkara, info, ilmu yang diorang cakap, tercakap,
lantas jadi engkau.

pengakhirannya,
di mana yang kita benar-benar berbeza daripada orang lain?

then kauorang mengaku hipster.

tak, soalan aku tadi tu retorik.

dan ya, aku tidak menulis kerana aku ego. kerana setiap kali aku baca cebisan pendapat, pengalaman orang, jauh dalam hati aku kadang-kadang perkecilkan diorang,
"lah, tu pun kau nak cakap."
"lah, benda tu aku dah lama tahu kot."
"lah, benda tu aku dah lama sedar kot."

dan itu kerana aku seorang pessimist, prejudis.
fikiran-fikiran negatif, melawan arus, singgah dulu dalam kepala aku.
kemudian barulah datang baik-baik sangka, tiada judgement, menjadi adil dan saksama.

tapi sekarang aku tahu,
bahawasanya iya, termasuk perkara-perkara paling kecil termasuk mengaku yang kau sekian-sekian,
bahawa adanya rekod dimana-mana,
kau pernah bagitahu orang,
kau pernah tulis,
kau pernah broadcast kat semua orang via twitter dan facebook,

itupun malah menjadikan kau sebagai sesuatu yang lengkap.

kerana aku seorang yang egois,
aku banyak tahu,
dan aku banyak faham,
tapi aku tak lengkap, walaupun sebagai seorang yang tak sempurna.
aku banyak kosong di merata-rata tempat.
void. vacuum. lohong hitam.

dan cara kau lontarkan kata,
dan sesungguhnya setiap seorang daripada kamu,
sangat indah.

seni mencipta diri sendiri sangat indah.
ah, seni yang sangat agung.