Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Numb
Saturday, 29 March 2014 | 9:22:00 am | 0Comment





"I've become so numb, I can't feel you there,
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you."
-Linkin Park // Numb


Bila kau ditekankan. Menjadi apa yang kau tak mampu jadi. Mengejar cita-cita yang kau sendiri tak pasti. Mungkin lama kelamaan kau akan menjadi penat. Rebah. Sampai kau terkeliru dengan apa kau mahu. Apa yang kau kejarkan. Sehinggakan kau tak tahu siapa diri kau sendiri. Penat. Terkalah. Diminta menjadi apa yang bukan kau. Kau lelah. Semua manusia memperlekehkan. Semua manusia mengabaikan apa kau mahu untuk hidup kau. Dan membuatkan kau suka bersendiri. Memikirkan segalanya diam sendiri.

Mungkin juga kau akan lelah bila dibandingkan dengan sesiapa. Mungkin juga kau akan membenci mereka yang menyebabkan. Kau rasa kau sendiri. Kau dengan dunia kau. Hati kau. Keinginan kau. Perasaan kau. Seolah kau dalam satu dunia gelap yang tak punya cahaya. Teraba-raba mencari jalan. Teraba-raba mencari penyelesaian dan jawapan setiap persoalan. Sehingga kau takut menjadi luar kawalan sehingga mencederakan diri sendiri. Ah jangan takut walau sendiri. Tuhan ada. Tuhan ada!

Kau lelah bila dibentuk menjadi lain dari diri. Dan kau tahu kau akan gagal. Namun kau masih merangkak untuk mencuba walau hati kau parah. Meminta diri untuk tidak berada diluar kawalan sehingga mencederakan orang yang tidak sepatutnya. Mencuba bertahan. Mungkin kau perlu mengajar diri sendiri semula untuk belajar simpan semua sendiri. Tahan. Kebal. Bukan menjadi lemah kerana tekanan demi tekanan ini. Kau tahu kau lebih kuat dari sebelum ini.


Air mata kau masih kau cuba tahan daripada tumpah dengan murah walau kau luka walau kau keliru walau kau penat, kau tak lemah jadi kau mesti bertahan. Dan akhirnya malam itu kau sujud bermohon pada tuhan 'Tolonglah tuhan walau penat mana pun aku jadikanlah aku kuat. Kuatkanlah hati aku. Sabarkanlah aku. Bantulah aku mencari jalan untuk semua persoalan dan rasa aku. Tolonglah tuhan sesungguhnya aku semakin lemah dan seperti akan rebah.

Entahlah...