Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Payau
Saturday, 22 March 2014 | 10:26:00 am | 0Comment



Manusia memang makhluk tuhan yang sentiasa bergelumang dengan harapan. 
Mana boleh sangkal,nafsu bukan macam peti besi,ada kunci.
It's fuckin natural.Ikatan tali yang amat ketat.
And true,there's a lot of circumstances that'll come up either to kill or lead you when dealing with all those clueless stuffs.

Kadang-kadang apa yang diharapkan sudah sangat hampir,sangat dekat,sangat rapat,tetapi malangnya disaat-saat akhir U-turn atau melencong dari sasaran.

Dan kita semua,monyet-monyet sejagat akan kejar dan terus mengejar keinginan dan impian macam main polis sentri, berhempas pulas untuk merapatkan jurang agar subjek dapat digenggam dan ditumbangkan suatu masa kelak.

Itupun kalau cukup kental dan laratlah.

Macam haritu, beberapa minit sebelum matahari masuk kandang, apa yang aku alami teramatlah payau.

Dalam erti kata lain, sipi-sipi.

Takpa, hari lain masih ada.

Waktu makin sempit, barangkali juga masih luas terbentang.

Dan tak payah terkejut atau menganga mulut kalau-kalau kamu sedar nanti bahawa ada diantaranya tak perlu sibuk-sibuk kamu kejar pun.