Pergi!
Sunday, 16 March 2014 | 9:15:00 pm | 0Comment
Kau kata:
Jangan tunggu..
Jangan tunggu..
kerana entah bila masa akan bermesra, sedang takdir itu bukan milik kita..
jaga hati,jaga iman demi sebuah ketenangan..
Dan kataku:
bukan semudah itu,
Untuk menghapuskan rasa yang tak pernah aku duga hadirnya..
Jujur,
Kau anugerah terindah dalam fitrahku..
Jujur juga,
Kau ujian terhebat buatku..
Kita pernah terjatuh dalam jurang rasa,dan adakalanya kita bingung menguruskannya di atas jalan yang lurus..

fatwa hati sering membisik, hati-hati..
takut yang buruk diperindah sang terkutuk..
ah, bukan mudah melaluinya! lalu perasaan itu kita putuskan..
biar hawa nafsu itu sakit kecewa asalkan Tuhan redha.
biar hilang insan yang kita sayang asalkan tak hilang kasih sayang Allah terhadap kita.
Lalu ku akur,
Pergilah cinta,pergilah..
kembali ke tempat asalmu..
Aku kuat percaya
Andai benar ia milik kita,
Pasti kan hadir bersama restu Nya..
sesuatu yang datang dari Dia, takkan pernah sia-sia, takkan pernah sia-sia…
Aku kuat percaya
Andai benar ia milik kita,
Pasti kan hadir bersama restu Nya..
sesuatu yang datang dari Dia, takkan pernah sia-sia, takkan pernah sia-sia…