Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Fikir
Thursday, 10 April 2014 | 8:50:00 pm | 0Comment

Perlu ke,
Aku ulas satu-satu amal ibadat aku untuk jemput mulut kau kata yang baik-ll tentang aku?
Perlu ke,
Aku perinci dulu-dulu kejayaan aku untuk dapatkan sedikit hormat kau  untuk aku?
Perlu ke,
Aku kronologi-kan rutin hidup aku untuk minta kau faham hidup aku?
Perlu ke,
Aku petikkan setiap buah fikiran aku untuk harap kau assume yang elok-ll pasal aku?
Perlu ke,
Aku tempik kuat-kuat suara tanpa bisik perlahan untuk kau dengar gundah aku?
Perlu ke,
Aku untuk bakar buku hitam silam busuk itu agar kau mahu sokong aku?
Macam ini lah.
Masalahnya , aku rasa TAK PERLU.