Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Manusia. Takdir Tuhan.
Monday, 28 April 2014 | 7:47:00 pm | 0Comment

Di saat malam nan gelap terbentang, aku bersoal pada Tuhan apakah dunia ini memangnya sebegini akan kekal dengan zalimnya. Berbolak balik di mana manusia berlari mencari erti kebahagian dalam diri yang penuh penipuan. Untuk sekadar berserah dan pasrah dihempap parah itulah realiti masa kini.
Banyak buku dan pengaruh alam baru kini menyisip manusia untuk ke arah yang lebih moden kononnya. Bila aku lihat di mana modennya itu jika nilai kasih sayang hanyalah sekadar tin kosong dan boleh dijual beli dengan mudah. Pelbagai idealis utk kebahagian disebarkan melalui beribu fahaman yang berirama lagak pakar motivasi dan pakar ramal kehidupan.
Siapa mahu hidupnya terus ditipu? Siapa mahu hidupnya sedih sepanjangkala? Aku tak pilih jalan ini dan jangan salahkan Tuhan untuk takdir sebegini kerna Dia sentiasa bagi kita pilihan dan jalan. Banyak cara dan setiap jalan punya penghujung bicara yang baik mahupun buruk. Semua bergantung pada manusia.
Kadang aku persoal mengapa wujud manusia macam kau? Musnahkan kebahagian orang lain sewenangnya. Kau yang gagal dahulu pertahankan manusia kau sayang. Kau takut pada komitmen.
Aku kadang gelak bila manusia gunakan Tuhan untuk bela diri sendiri. Soalan aku mudah, adakah Tuhan tulis takdir kau untuk menipu? Adakah Tuhan tulis takdir untuk kau minum arak? Adakah Tuhan tulis takdir kau ke syurga mahupun neraka? Adakah Tuan tulis takdir kau mempermainkan perasaan manusia lain? Adakah Tuhan tulis takdir semua ini?
Takdir memang sudah ada semenjak alam ruh dan aku percaya akan ia. Takdir adalah suratan hidup yang punya berjuta jalannya. Setiap jalan ada ujian. Setiap ujian ada penentuan baik dan buruk. Setiap baik buruk ada jawapan dan akibatnya untuk esok hari. Siapa kata takdir itu satu jalan. Ia seumpama akar berselirat. Kau pilih jalan ini atau itu, setiap akar itu punya jawapan pada pangkal seliratnya. Itulah takdir.
Aku bukan nak lagak pandai dan betul sahaja. Tapi aku suka berfikir dan memerhati. Tiada siapa manusia yang kenal aku yang sebenar. Kadang aku biar manusia nilai aku ni sederhana, cetek ilmu dan nampak takberguna. Biarkan diri untuk diketawakan. Jangan khuatir aku tak balas dendam. Aku tak anggap Tuhan disebelah bahu aku macam korang. Tapi aku percaya satu bolak dan balik. Aku bolak doa dan perasaan pada Tuhan dan balik pangkal pada hati aku hanya mampu kuatkan hati untuk bersabar. Biarlah Tuhan tentukan. Aku berserah sebab aku dah usaha. Aku dah tunjuk komitmen dan semangat aku.
Jika satu hari doa aku dimakbulkan. Aku takkan pandang belakang. Bukan simpati tapi aku mahu terus ke depan tinggalkan sakit yang diberikan. Tiada manusia mahu hidup dalam kesedihan mahupun kesakitan.
Aku kadang tersenyum angkar manusia lagak nafsu Tuhan di dalam jiwanya tapi perlakuannya menipu dan menzalimi manusia lain tidak diambil kira secara sedar. 

Itulah manusia, hebatkan?