Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Pergi.
Saturday, 12 April 2014 | 9:49:00 am | 0Comment



Sakit.
Aku sakit. Sakit hati.
Hati yang sakit lebih sakit dan lebih dalam lukanya berbanding luka secara fizikal.
Kau tak tahu... sebab kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang nih.

Pernah rasa kehilangan tanpa disedari?
Pernah rasa kehilangan seseorang yang kau sayang sangat?
Pernah rasa macam mana bila takde orang ambil peduli pasal kau?
Pernah rasa macam semua orang benci dekat kau?
Pernah rasa macam tiada siapa sayang kau lagi? dan..
Pernah rasa yang diri kau ni dah tak penting bagi orang?

Kekadang tu, kita lansung tak sedar yang diri kita ni atau cara hidup kita ni berbeza dengan orang lain. Tak semua orang suka dengan kita, suka dengan apa yang kita suka, suka dengan apa yang kita buat. Dan sebab tulah diorang, memasing ada alasan yang tersendiri why they do that. Mungkin diorang benci dengan kita? atau pun diorang jeles dengan kita? Atau... diorang tak tahu apa pun yang diorang lakukan. Diorang hanya mahukan apa? OYeah, diorang cuma nakkan keseronokan. Tapi kenapa dan apa perlunya benci kita? Besar sangat ke mandat diorang ni? hmm..

Kekadang tu kita happy dan kekadang jugak kita sedih. Itu biasalah, lumrah manusia. Tipu sangatlah kalau kau kata kau tak pernah sedih, dan nampak sangatlah kau menipu kalau kau kata kau manusia yang gembira sepanjang masa. Gembira-gembira juga, pernah tak terfikir perasaan orang lain terhadap kita. Kita tak tahu apa-apa. Biasala manusia, mana boleh baca hati dan perasaan orang. Kita tak tahu orang yang baik dengan kita tulah yang sebenarnya paling tak suka kita, dan tak mustahil lah orang yang benci kita tu orang yang terlalu sayangkan kita. Sungguh, jiwa dan perasaan itu tak boleh diperkotak-katikkan. Kita manusia. Yang punya hati dan perasaan.

Ada satu masa tu nanti, masa yang kita rasa semua orang senang dan suka dengan kewujudan kita, suka dengan jokes kita. Tapi tak, kita salah, aku salah. Kenapa aku bodoh teramat sebab senang percaya kan orang yang tak sepatutnya aku percaya? Aku ingatkan semua orang suka aku sebab serasa aku, aku takde buat masalah dengan rang. So, kenapa aku mesti fikir yang ada juga manusia yang bencikan aku. Tapi tak, tekaan aku salah amat salah. Hinanya aku. Aku yang salah. Aku memang lansung tak sedar yang lain orang lain cara, lain hati dan perasaan. Even kita buat baik camne sekali pun, kalau orang tak suka, tetap takkan suka. Maybe dia tak suka sebab kita bukan orang yang dia suka. heh. Picisan. Okeh, atau kata lainnya, cemburu? hm entah aku tak tau. Aku ni kan hina. Waktu tu, bile sorang berani luahkan kebencian dia terhadap kita, sorang demi sorang aku buat juga macam tu. Kenapa yang lain ikut sama kalau sebelum ni tak pernah complain apa-apa? Kenapa? Takut?! Okeh baca ni dan fahami lek lok , "takut kerana salah, berani kerana benar". Kalau kauorang betul benci aku dengan sebab yang munasabah, kauorang perlu nyatakan. Kalau tak, kau akan takut untuk nyatakan kenapa kau benci aku. Nampak?!

Maybe, yang lelain tu cuma jeles dengan kita, jeles dengan apa yang kita ada. That's why, diorang cuma diamkan rasa benci tu dalam diri. Membenci kerana cemburu memang tak patut dan sebab tu diorang tak berani nak shout it out dekat kita. Macam aku kata tadi, bile sorang mula benci, yang lain aku beranikan diri untuk shout out kebencian diorang terhadap kita. Sebab diorang tahu yang diorang tidak berseorangan. Masa tu, orang yang pernah baik dengan kita, yang pernah bergurau senda dengan kita dan sebagainya lah, dengan tetibanya menyatakan rasa benci diorang terhadap kita. Dulu punyalah kata kita ni baik, kelakar, sporting, dan blablablabla.. but now?! sedap dah mengutuk kita. Dikatanya kita ni berlagak, bajet bagus, keji, hina, bodoh dan seangkatan dengan yang buruk-buruk. Tak ke benda tu semua berbau ''cemburu''?? Kalau tak, diorang juga aku boleh kategorikan sebagai "hipokrit" sebab pura-pura baik dengan aku. yang paling menyedihkan lah, diorang kata "kau fikir semua orang suka kau ke? Kau fikir aku suka kau?". Dan pada masa tu, perasaan kita ibarat ditoreh-toreh, hati kita ibarat dicampak-campak, dan well, kita mula menangis dengan rasa futur. Kita mula lah rasa lemah dengan semua hinaan tu. Kita mula rasa diri kita ni hina dan jahat dekat mata semua orang. Overthinking! Dan itu bermakna diorang dah berjaya dengan cemerlangnya untuk membuat kita jatuh. Jadi, kita decide untuk pergi dan lari dari semua orang lepastu nangis seorang diri.

Okeh.. sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan pada waktu tu juga, pasti akan ada seorang hamba Allah yang akan tetap sokong kita tak kira apa pun. Even seorang yang nak dibandingkan dengan diorang yang ramai pastu benci kita, it's truly amazing. Betapa hebatnya seorang itu boleh buat kita kembali Kuat dan Semangat. Dia menenangkan kita, bagi kata-kata semangat, dan juga nasihat. Mungkin dia takdelah faham sangat apa yang kita lalui, tapi aku yakin dia cuba untuk rasa sekali pahit yang kita sedang rasa. Sedikit sebanyak pun, itu cukup untuk buat hati kita tenang dan kembali sado.

Memang. Memang sedih bila orang kita sayang, yang pernah rapat dengan kita, lepastu pergi tetiba macam tu je. Pergi dengan orang yang tak suka kita. Itu sakit. Sangat sakit dan tak terkatalah sakitnya. Only Allah knows how terrible its feel.. Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang kita ibarat tekan 'delete' file dekat laptop lepas tu hapuskan terus dekat recycle bin. Bukan. Lelagi orang itu tak layak dibenci walapun dia dah benci kita. Okeh cukuplah. Manusia tetap manusia. tak boleh nak disamakan macam haiwan atau pokok. Yang pergi tetap akan pergi. Nak tunggu kembali tu tak tau bila. Dan ada yang akan tetap bersama kita.

#KuatDanSemangat :)