Untuk diri aku sendiri.
Saturday, 5 April 2014 | 8:44:00 pm | 0Comment
Lepasni kalau nak tulis apa pun eventhough that medium (your own blog, your own twitter, your own facebook, your own instagram) kepunyaan kita, kita mesti kena tulis untuk siapa. Even untuk diri sendiri kena juga hashtag untuk diri sendiri sebab kalau tak sorang sorang terasa sorang sorang nak assume tanpa tanya tuan punya badan sorang sorang fikir diri sendiri betul. Macam macam hal atau setidaknya kau takpayah ada medium medium tersebut kalau asyik nak bercerita pasal orang lain, menyakitkan hati orang lain baik takpayah ada apa apa medium sebegitu as simple as that. Daripada orang sakit hati daripada orang asyik nak cari salah baik kita tutup segala macam kekhilafan kita ni yang sememangnya banyak khilaf pun.
Aku tak banyak kawan tapi aku bersyukur ada kawan waktu susah.
Aku tak banyak kawan jadi aku sebolehnya taknak hilang kawan.
Aku tak banyak kawan jadi aku sedih kalau aku hilang kawan.
Makanya untuk jaga hati kawan kawan ada baiknya aku tak patut ada semua medium itu. Mungkin kerana aku sendiri cukup kecewa sebab bukan sekali ini saja.
Tapi asyik kita jaga hati orang bila orang nak jaga hati kita?
"Jangan ditanya mengapa jarang menerima kalau diri sendiri jarang memberi"
Ok. Noted.
Cari aku bila kau rasa perlu ye kawan.
Sebab bila kita sendiri yang kecewa maka kita sendiri juga patut jaga diri kita. Sebab bila orang yang kita harap percaya kan kita tidak percaya maka baik adanya kita sendiri pergi dari itu semua.
Jaga diri. Assalammualaikum.
Pesanan #untukdirisendiri: Buat apa nak cari sakit kalau diri sendiri sudah banyak sakit dan tahu tak boleh handle sakit itu. Lebih baik DIAM. IGNORE. Dan ENJOY OUR LIFE. Cari pelangi dalam kehidupan kalau asyik cari kegelapan sampai bila hidup tak bahagia. Kalau pandai bagi opinion kena pandai juga terima opinion orang lain. Bukan semua benda yang kita fikir dan rasa betul.