Yang penting, HATI!
Tuesday, 15 April 2014 | 6:24:00 pm | 0Comment
Aku tak tahu apa yang sedang mengganggu fikiran aku. Cuba aku luahkan tapi tidak berdaya. Cuba aku elakkan tapi tidak termampu.
Perkara ini sungguh membuatkan aku terdiam dikala ramai orang kelilingku sedang bergelak tawa. Dan buat aku terkesima hingga satu patah perkataan langsung tak dapat disusun.
Aku dah jumpa apa yg aku cari tapi kali ini aku diberi pilihan. Samada memilih atau dipilih.
"Yang penting HATI KAU."
Seolah begitu kata dari seorang sahabat. Lantas buat aku terfikir sejenak. Aku dikira hamba Allah yg bertuah kerana diuji dengan masalah sebegini.
Allah tak minta aku fikir jalan penyelesaian. Tapi cuma mahu aku sabar.
"Sabarlah." Pujuk diriku sendiri.
Hanya Allah yg mengetahui segalanya. Kita tak boleh baca hati manusia. Tapi melalui mata, kita akan dapat rasa sekuat mana cinta.
Kehadiran insan-insan ini sekadar mahu menguji kekuatan aku. Itu satu hadiah dari Allah aku kira. Aku memanjat kesyukuran.
Untuk memiliki sesuatu yg terbaik untuk diri sendiri, itu tak mudah. Semua benda tak sesenang yg aku pernah sangkakan.
Kerana ujian ini datang dari Allah, maka kepada Allah jugalah aku kembalikan. Dalam kekeliruanku, jauh disudut hati tertanam rasa yakin dan percaya. Allah dah sediakan pelangi indah. Bezanya adalah masa. Mungkin cepat mungkin lambat.
Allah, andai ujian ini KAU hadirkan untuk mengukur tahap sabarku, maka aku relakan. Tak ku nafi, melalui masalah kita akan menjadi lebih matang.
Rasa sakit, pahit, kecewa, luka, itu semua adat untuk merasa bahagia. Sungguh, aku percaya dengan janji Allah.
Bila aku lemah, ayat-ayat Al Quran yg menghias bibir, lalu aku kembali kuat. Kembali tenang dan mulai bersedia dengan apa jua kemungkinan.
Benar, AKU BERSEDIA!