Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
17 Tahun.
Tuesday, 13 May 2014 | 12:46:00 pm | 1Comment




Ya 4 hari yang lepas merupakan hari kelahiran aku. Hari kelahiran yang ke 17 buat aku. Tapi secara rasminya kelahiran aku di dunia adalah pada 17 tahun yang lepas pada pukul 1:35 pagi. Dan mungkin pada ketika ini. Pada pagi yang sama 17 tahun lepas ibu aku sedang bertarung kesakitan dan nyawa demi memberi peluang kepada aku untuk melihat dunia.

Pada 17 tahun yang lepas ketika ini, aku masih belum menjadi ‘manusia’ sepenuhnya. Aku hanyalah janin yang hanya reti merengkok.

Pada 17 tahun lepas, ketika ini aku tidak punya sebarang dosa. Satu kejadian tuhan yang dipanggil janin cukup suci dari sebarang debu.

Pada 17 tahun lepas aku masih berada dalam rahim ibu berenang2 di dalam air ketuban dan plasenta yang sentisa menjadi temanku selama 9 bulan.

Pada 17 tahun yang lepas, pada pukul 1:35 pagi aku akan disambut oleh seorang lelaki baba nyonya(doktor) dan beliau merupakan orang pertama yang menyentuh aku dengan bersarung tangankan latex.

Pada 17 tahun yang lepas nenek dan arwah atuk aku risau menunggu kelahiran aku diluar wad bersalin.


Kini aku merupakan satu kejadian yang berusia 17 tahun. Mungkin 17 tahun lepas aku tidak tahu berkata-kata mahupun menulis. Tapi itu adalah kelebihan kecil aku kini.

Maka,

Terima kasih buat ibu kerana sanggup bertarung nyawa demi aku.

Terima kasih buat ibu kerana sanggup memberikan minuman pertama aku terus dari tubuhnya.

Terima kasih juga buat ibu dan abah kerana membiarkan aku lahir kedunia.

Terima kasih juga kerana sanggup berkorban demi aku untuk terus hidup.

Terima kasih juga ibu dan abah kerana memberi peluang untuk aku melihat dunia.

Terima kasih buat ibu dan abah kerana aku dapat lahir dalam keadaan yang selesa.

Terima kasih buat ibu dan abah kerana tidak menyakiti aku ketika aku lahir.

 Dengan itu,

Janji aku buat kamu adalah mebuat kamu berdua gembira dan bangga dengan aku.

Janji aku buat kamu ingin membuat kamu tidak akan merasa lapar kecuali ketika berpuasa.

Janji aku buat kamu supaya  kamu tidak akan merasa kesempitan hidup atas izin Allah.

Janji aku buat kamu supaya kamu tidak perlu menangis disebabkan aku.

Janji aku buat kamu aku akan cuba sempurnakan impian kamu berdua.

Janji aku buat kamu adalah janji yang kamu mahukan dari aku.

Aku tahu aku bukanlah insan yang suci dan bersih seperti 17 tahun yang lepas. Dosa yang ada sudah lebih dari lemak yang mampu dizahirkan ditubuh ini. Malah aku berani katakan dosa yang aku cipta 17 tahun lepas adalah lebih dari 7 lautan. Namum aku cuba walaupun aku sedar aku hanya embel-embel. Itu janji aku. Aku tidak pernah akan mengalah. Terima kasih juga buat sesiapa yang sentisa berada disisi membantu aku, menghulur tangan  memimpin menyuap membelai aku ketika membesar 17 tahun yang lepas.

Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk hidup sebagai kejadian yang berusia 17 tahun.