Angau
Tuesday, 13 May 2014 | 12:03:00 am | 0Comment
Hati tidak tenteram mahu meluah rasa, otak pula sentiasa rancak mahu berkerja. Susunan jari-jemari aku pulak dengan semangatnya mahu menari-nari atas papan kekunci computer riba. aku Tanya sama hati apa rasa ini? Kenapa rasa begini seakan-akan asing buat aku? Rasa yang membuatkan setiap sisi tubuh badan tidak mahu duduk diam jadi mahu beraksi.
Jujur aku katakan rasa ini, rasa yang tidak senang tapi sungguh bahagia. Rasa yang bisa membuat jiwa bergelora. Rasa yang sentiasa gagal untuk diucap kata. rasa yang aku tidak mahu hilang dari jiwa. Rasa rasa rasa. Rasa apa?
ANGAU. Aku tidak mahu tahu mana asal usul perkataan yang mana majoriti isinya penuh dengan huruf vokal ini. tapi apa yang pasti aku ANGAU.
Bak kata gadis peneman aku di kala suka dan duka: "Angau is a good feeling, tak kesah la a wrong person ke apa, or you know you can never be with him, but the feeling itself makes you happy already, so feel it!"
Bak kata gadis peneman aku di kala suka dan duka: "Angau is a good feeling, tak kesah la a wrong person ke apa, or you know you can never be with him, but the feeling itself makes you happy already, so feel it!"
Dan ya! Rasa ini buat aku bahagia. Bahagia memikirkan entah apa isi yang sebenar harus aku risaukan. Rasa bahagia yang langsung tiada sebab! Rasa yang begitu indah yang pernah aku rasa. dan menikut perkiraan, hampir 220 hari rasa ini tidak pernah muncul tiba. Entah kenapa sekarang baru merasa. Persetankan, dan yang penting biarlah ia sekadar rasa tanpa sebarang sentuh nafsu kemuncak jiwa.