Ego
Friday, 30 May 2014 | 12:55:00 pm | 0Comment
Biar angin membawa sepi segala dendam dan rasa dengki. Aku punya jasad manusia. Tapi kerana ego, akal ketepi. Aku berdusta, sana dan sini. Asalkan diri, rasa puas hati. Sibuk, mengambil tahu akan kata orang, kerana takut orang berpaling pandang. Aku tahu akan tuhan, yang maha mengetahui, mengetahui akan segala-galanya. Dan kerana itu aku rasa, lebih baik aku diam, dari hanya pandai berkata-kata dengan niat yang amat buruk, berakhir dengan penyesalan.
Sesal, perkataan yang seringkali aku menanyakan. Apakah aku sesal dengan segala perbuatan yang aku sendiri buat. Kalau ya, lebih baik jangan hidup. Tuhan berikan aku peluang berjuta kali, dengan setiap hembusan nafasku. Dengan setiap butir pigmen warna yang aku dapat lihat dari mata aku. Lidah yang membuat aku bercakap. Tangan dan kaki yang memberi aku semua kebebasan dan akal yang memberikan aku kesenangan.
Ingat pesan abah, tidak semestinya kalau kita cukup ilmu, cukup pengalaman, segalanya tentang kita adalah betul. Orang yang berfikir seperti itulah, orang yang cetek ilmunya. Mengetahui sesuatu ilmu, tetapi tidak pandai untuk menggunanya, adalah hidup yang sia-sia. Kita hidup untuk saling mengingati, menyayangi, memahami.
Baik.
Baik.

.jpg)
Finn. Seventeen. Bibliophile. Pesakit Globophobia. Coffee's lover. I do believe that I have Athazagoraphobia. Donut is my style. Ada Yiyie sebagai peneman.