kisah kesah
Saturday, 31 May 2014 | 10:45:00 am | 0Comment
Aku pernah lalui banyak perkara dan dari banyak-banyak
perkara itu, tak semuanya aku lalui jalan yang sepatutnya.
Aku
selalu terlupa, pada ketetapan, dan aku selalu merungut bila di akhirnya, kisah
nya berlainan dengan skrip yang aku karang. Aku tetap terlupa, aku siapa. Atas
ehsan Dia yang tidak pernah lupa aku walau sesaat, aku masih mampu bernafas.
Kali ini, aku seinginnya mahu skrip aku terikut. Tapi aku tidak mahu lagi
pentingkan diri. Terlalu banyak benda yang berlaku. sampai satu tahap, aku rasa
aku seperti dijadikan tikus makmal. Dieksperimen untuk kajian-kajian yang entah
apa tujuannya. Satu cerita, aku selalu ingat. Aku rasa dalam mimpi mungkin.
Sebab cerita itu sangat mengasyikkan. Tapi, entah kenapa aku selalu kurang
mempercayai. Aku rasa aku masih lagi menjadi objek, dan bukan pemberian setara.
Aku seaakan terfikir, apakah benar ungkapan itu? Aku mahu positif, jadi aku
ambil sebagai YA. Tapi perkara dulu. tapi aku tak pernah serik mengulang,
mengarang. Aku cuba sebab aku mengerti yang aku pernah lakukan sesuatu yang
jahil. Skru rasa aku betulkan.
Tapi kali ini, aku mengharap pada Dia, agar segalanya,
akan ditunjukkan jalan.
Jalan supaya skrip aku betul atau masih salah. Itu
penting, sebab hanya pada Dia aku mengharap. Aku sudah tidak boleh ikut kata
raja diri aku, hati. Sebab hati aku tak telus. banyak sangat cacat, cela
Aku sekarang adalah kepompong.
Ya, lama aku bermetamofosis
dan aku harap aku akan menjadi seekor rerama, bukan kekupu.
Aku mahu cantiknya
sayap rerama dapat membantu reramai orang.
Itu sahaja.
Aku mahu buat kali ini
dengan rasa dan tujuan keranaNya.
Bantulah aku wahai Allah.
Hanya padaMu tempat
aku memohon.