Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Luruh dan Bulan
Tuesday, 20 May 2014 | 10:14:00 pm | 0Comment



Aku jalan tengok bulan
Aku jalan pandang kanan
Aku penat habis keringat
Tetapi otak tetap ligat


Aku peluh sambil mengeluh
Aku rasa luluh dan terasa lusuh
Aku penat melihat keruh
Tetapi apakan daya yang indah itu luruh


Aku tahu percaturan masa
Aku sedar yang maha kuasa
Dan seperti mana aku sedar masa dan kuasa
Begitu juga aku sedar soal rasa


Jujurnya rasa itu seperti melihat bulan di musim luruh
Jujurnya rasa itu seperti terkedu mengharapkan masa pegun
Tidak mahu berganjak dari masa, bulan, dan luruh
Walaupun datang sekali-sekali
Tetapi rasa itu, boleh buat aku kagum
Kagum tanpa berfikir panjang
Mengharapkan bayang sentiasa ada
Dan sentiasa sama
Dan sentiasa disitu
Hanya mampu berkata OH! Bulan.