Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Maaf.
Friday, 30 May 2014 | 12:47:00 pm | 0Comment


Syahdu aku melirik ke dalam jiwa. Begitu jauh aku dari pangkal jalan itu. Mungkin kerana aku terlalu fokus pada satu benda yang aku kejar tanpa aku sedari yang di atas menguji kesabaran aku. Berat dan besar ujian dia berikan pada aku.
Terlalu berat untuk aku bawa berjalan. Ibarat diletakkan batu yang dalam kuantiti yang banyak dalam kantung seluar ni. Apa kau rasa bila poket penuh dan kau perlu berlari dalam situasi yang sama?
Tiba masa untuk aku perbetulkan balik mana yang dah terumbang ambing. Ibarat mengemas bilik yang bersepah sana sini untuk kembali kepada keadaan yg besih seperti sediakala.
Mungkin akan mengambil masa. Aku perlu kaut ego itu balik. Ego untuk aku jadi semula seperti dahulu. Susah atau sakit semua aku simpan rapi dalam hati. Senyum itu jadi kegemaran setiap saat. Dan itu yang harus aku luah pada manusia luar sana.
Bila aku rasa rindu, ya aku lihat langit pada waktu malam mengenang memori  tatkala melepaskan bait-bait  nan indah. Aku senyum keseorangan.
Bila aku rasa sedih, ya aku diam dan palingkan wajah ke arah dunia yang buat aku khayal dari sakit ini. Penat bertarung melawan perih hidup ini.
Yang aku cuba tanam dalam diri, ya semua manusia akan berubah akhirnya. Waktunya bila entah siapa tahu. Tapi jangan ditanya kenapa dan mengapa kerana aku sudah acapkali bersoalkan perkara yang sama.
Biarlah begini, jadikan pengjauhan itu satu kehendak yang kau mahu dan bila perlu sahaja dan aku redha dengan jalan yang kau pilih. Sebab yang aku sedar, kau pentingkan kawan daripada diri kau.
Aku sedar mulai hari ini, tak kira berjuta kali kau cuba sedarkan orang yang tak punya hati pada kau. Dia akan tetap sama membatu dan melakukan apa dibenak mindanya. Maaf. Kerana hati aku adalah taman yang hanya cukup dihuni satu didalamnya. Biarkan semua berlaku dan ia akan berlalu jua akhirnya. 
Aku tenung langit yang sayu bertemankan awan kelabu. Yang jauh itu aku kembali dekatkan. Ini saja jalan yang aku ada. Aku terima seadanya.
Aku doakan untuk kau jumpa yang lagi baik bagus daripada aku yang tak seberapa ni.