RASA (II)
Monday, 12 May 2014 | 11:58:00 pm | 0Comment
RASA? jika di tanya pada lidah apa itu rasa, jawabnya: masam, manis, pahit, pedas, masin dan enak.
Jika di tanya pada hidung pula, apa itu rasa, mungkin dijawabnya busuk bau kentut dek makan telur kuning , wangi dek wangian harum si gadis untuk mengoda si jejaka hingga naik gila, dan mungkin juga enak dek bau masakan ibu yang tidak jemu dilayan.
Yang pasti semua anggota deria yang selalunya dipanggil “5 senses”;mata,hidung,lidah,telinga dan kulit dianggap anggota rasa paling agung dicipta sempurna dimana ada definisi “rasa” mereka tersendiri. Tapi deria yang satu ini mungkin bukan deria agung dapat dilihat dengan mata kasar. deria yang bagi aku amat halus, lembut, rapuh dan kasar. bagi aku deria ini adalah diantara deria yang paling agung ciptaan tuhan. Deria ini, deria yang pasti dimiliki oleh setiap insan, walaupun kau dilahirkan istimewa; tanpa tangan, tanpa deria untuk mendegar, tanpa deria untuk melihat tanpa deria untuk menggunakan lidah sekalipun kau pasti akan memiliki deria yang satu ini! “perasaan” bukan perasan.
Ya, perasaan adalah rasa yang lahir dari jiwa. Mana letak jiwa kau? Hati? Jantung? Perut? Kau pernah nampak jiwa kau? Yang pasti bagi aku, dasarnya kau tak pernah melihat jiwa kau dengan mata kasar. apa yang kau mampu, kau hanya mampu merasa perasaan itu.
Jika ditanya pada jiwa pada hati, apa itu rasa? pelbagai jawapan yang boleh digampangkan. Tapi asasnya perasaan yang kau miliki; marah,benci,sayang,sedih,takut dan gembira.
Gabungan formula dari perasaan-persaan asas inilah yang membentuk satu rasa yang amat indah. Perasaan yang bila kau miliki kau tak dapat nak definisikan dengan kata-kata. perasaan yang diciptakan halus oleh tuhan. perasaan yang paling indah buat insanya. Perasaan yang boleh membawa kepada kebahagiaan sehingga ke hujung dunia dan boleh jadi persaan yang membuatkan kau terseksa hingga akhirat kelak.
Ya, aku pasti kau tahu perasaan nan satu ini;
Sayang. Apa itu sayang?

.jpg)
Finn. Seventeen. Bibliophile. Pesakit Globophobia. Coffee's lover. I do believe that I have Athazagoraphobia. Donut is my style. Ada Yiyie sebagai peneman.