Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Tunggu
Friday, 30 May 2014 | 7:57:00 pm | 0Comment


Kalaulah aku dibakatkan dengan keupayaan bercerita dengan gesekan biola,
atau ketik perlahan piano,
paling tidak dengan petik tali gitar secara satu-satu,
pasti lagu yang terzuriat dari jiwa aku saat ini akan kedengaran begitu menyiat-
nyiat dan menggiling-giling.

bunyi yang terpilu.

tapi aku cuma ada bahasa yang sedikit untuk aku kaitkan menjadi cerita. Tidak ada lain, hanya tulisan kering untuk memberitahu sesiapa yang ada masa menumpang telinga. cukup ini sahaja.

*diam*

banyak sungguh yang berlaku dan terjadi beberapa menjak ini. bersungguh-su
ngguh betul nasib malang mengetuk pintu aku. bersembunyilah di bantal paling tebal sekali pun, hentaknya begitu terang sehingga hendak atau tidak, terpaksa aku sambut salamnya.

terima saja.
nak lari, hendak ke mana?

kadang-kada
ng dunia seperti sengaja mahu aku menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi aku kata aku mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu aku tersembam.

apa yang tak membunuh 
aku, akan buat aku lebih kukuh.
benar.
tapi kalau menderu-deru serangan menubi 
aku yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga aku hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.

kill me, and get it over and done with.

tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi aku mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
aku kena sabar.
kena.

aku perlu miracle.
tapi apalah makna miracle kalau segala yang indah selalu muncul, bukan?
miracle adalah keindahan yang bertiba-ti
ba hadir dalam kejahanaman.
maka aku perlu senyum untuk setiap rasa putus ini, kerana miracle akan datang.

iman aku pada takdir tuhan yang maha baik.
dia sedang pandang aku dari singgahsananya,
tersenyum pada aku yang seperti biasa tersadung kaki lalu membising-omel dan merengek.

dia sedang lihat aku dan memesan dari jauh;
"minta. dan aku bagi"

*diam*

dia sudah tunggu.
sudah lama tunggu aku.
lama.

apa lagi?

kaki,
bangun.
jangan tunggu lagi.

p/s : move on tetap tak mudah *sigh*