Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Yakin
Tuesday, 20 May 2014 | 11:25:00 pm | 0Comment


'Jangan mengeluh jika tiada perkara indah dalam kehidupan. Sekurangnya Dia ciptakan manusia itu imaginasi.'
So statement ni lahir time aku betul betul letih menghadap buku, komputer riba, bilik kosong yang dihiasi rak buku, meja separuh selerak separuh teratur, dan gelas kosong yang hanya tinggal serbuk kopi.
Allah tu maha Adil. Kalau kau lebih yang ni, kau kurang yang itu, kalau kau lebih yang ini, Dia lebihkan yang itu. Dan aku sedikit kagum sebenarnya dengan manusia yang tinggi keyakinannya meletakkan perkataan ‘writer’ di akaun twitter, facebook, mahupun di blog. Yakin dengan kelebihan. Penulis itu kelebihan?
Okay signifikan dari statement atas tadi, penulis kebiasaan mempunyai pelbagai imaginasi. Dari yang nakal, sweet, tak masuk akal, dan tak pernah wujud dalam kehidupan realiti. Mengapa Allah mengurniakan mereka imaginasi sedemikian? wallahualam. Tetapi berdasarkan akal yang Dia kasi, aku cuba cari apa link yang Dia cuba selit sampaikan. Aku ada terbaca satu statement ’ mana ada penulis gembira ‘. Tak lojik statement ni. Tak lojik. Tapi kenapa statement ni lahir? mesti bersebab.
Penulis ini berimaginasi ketika dia keseorangan, sedih dan tiada teman. Macam aku kata tadi, Allah tu maha adil, siapa yang dah gembira, Allah suruh mereka kecapi tiap kebahagiaan dari sebesar besar peristiwa sehingga sekecil kecil senyuman gembira. Manakala untuk penulis, Dia create kan satu ruang untuk kau terus berimaginasi untuk menemani segala kesedihan yang kau hadapi dan akhirnya ramai mula menghargai imaginasi yang lahir dari tulisan tulisan penulis.
So betul ke penulis itu kelebihan?
kalau kelebihan cuma dari segi imaginasi tapi dalam realiti semua penulis itu sunyi. apa yang aku bersyukur dari semua ni.
sekurangnya aku bukan seorang penulis.