Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
aku
Saturday, 21 June 2014 | 9:35:00 am | 0Comment


Aku salahkan aku atas semua yang berlaku.
Sememangnya aku penyebab segala perit , sedih.
Aku salahkan aku, sebab terlampau sibuk mengambil tahu perihal masalah orang lain.
Sampaikan aku tak perasan, orang lain sudah mula muak.
Malangnya aku, kerana tidak perasan ,
Yang orang lain sudah ingin menjauh.
Jika aku boleh ubah aku .
Jika aku boleh ubah aku .
Kerana aku sudah menyampah dengan aku.
Aku cuba cari dimana ada kelebihan aku.
Dan setiap cubaan, berakhir hampa.
Kerana cubaan untuk menjadi sahabat yang baik juga gagal .
Aku gagal mengekalkan insan yang aku sayang untuk berada disisi aku.
Bukan sahaja itu, malah aku antara penyebab kecewa dan sedih dia .
Aku tak pernah pilih untuk gagal ,
Tapi aku masih gagal setiap kali.
Aku terlalu menyusahkan sebagai seorang kawan.
Aku terlalu cengeng , lembik dan menyibuk.
Aku tak minta , tapi karakter aku begini.
Mungkin dah terlambat untuk aku ubah.
Moga lena kalian indah, moga tiada tangisan bersama sama kalian.
Aku minta maaf.
Aku harap , tiada benci dihati kalian untuk aku.
Mungkin tak layak untuk aku minta itu,
Tapi jika boleh, aku harap aku tak kalian benci.
Kerana membenci apa yang terjadi dek kerana perilaku sendiri itu agak perit,
Jika kalian juga turut membenci aku , ntah