Tuan satu
Wednesday, 16 July 2014 | 6:38:00 pm | 0Comment
kaki melangkah menari anak
tariku mati dihadap benak
laluku mati berhenti sejenak
memerhati tebar penuh rawak
namamu muncul penuh amarah
aku tersenyum tidak mahu kalah
seolah faham apa itu lumrah
kita berbicara seperti tiada arah
aku kembali menari kearah situ
kau baling aku sebiji batu
lalu aku sambut dan malu-malu
lalu kita berdua mengelai semacam hantu
ceritanya suka dan juga duka
hanya mata yang memahami jua
aku engkau cuma suka-suka
kerana bahagia itu hanya sementara
lalu engkau dari jendela kaca
menyakat aku
dan aku dari tempat hamba
menjeling kelu
ribuan manusia berhimpun pun tidak tahu
apa khabarnya si tuan besar seakan haru
haru tuan itu hamba lalukan
mohon perkenan hamba impian
tidak lama tuan bakal berteman
dan patik masih seorang hamba jadian