Syaitan
Friday, 21 November 2014 | 9:16:00 am | 0Comment
Dan aku melihat kau dari kejauhan dengan rasa merusuh. Minda
tak tentu. Aku sendiri yang tidak mengerti apa dan mengapa. Bagaimana dan bila.
Atau mungkin sejauh mana aku boleh. Sesungguhnya dengan syaitan yang ada dalam
diri aku ini, aku merasakan mustahil untuk kau menghampiri lagi dan lagi. Entah. Aku
yakin kau akan menjauh. Mungkin jua tak kembali. Dark side yang akan membunuh
kau lagi.
Maafkan aku. Aku mahu buang segala hitam dalam hidup aku,
ingin aku lindungi kau lagi. Namun bolehkah kau bertolak ansur dengan syaitan
yang bersarang dalam silam aku? Dalam masa hitam kita. Bolehkah kau percaya aku
lagi? Bolehkah kau hulurkan tangan pada ak?. Ya, jangan percayakan syaitan
kerana sebelum ini dia juga malaikat. Namun aku bukan syaitan begitu. Aku
syaitan yang sentiasa bertarung berlari dari gelapnya. Untuk memberikan cahaya
pada kau.
Aku tak tahu. Sekarang aku dibakar silam. Dibakar sehingga
hangus. Bolehkah kau terima. Melihat cela yang aku punya. Biarpun aku syaitan
yang jijik, bolehkah aku menjadi malaikat penjagamu lagi. Bolehkah kau merasakan
getar yang aku masih punya. Tolong paling ke sini. Tolong jangan melangkah jauh
lagi. Bawakah aku ke sungai suci, campakkan tubuh ini ke sana dan aku akan
kembali.
Aku akan kembali dengan cahaya paling terang. Tak akan
biarkan kau terpalit luka mahupun duka. Tak akan biar kau rasa susah mahupun
beban. Menjadi penenang kau seumur hidup kau didunia mahupun syurga. Mungkin. Bolehkah
kau lakukannya? Untuk kali ini aku mohon kau cuba bersama aku. Aku sebahagian
kau. Aku mohon terimalah huluran tangan aku. Biar kita sama tuju cahaya.
Andai kau pergi jangan biar aku lama. Aku boleh hancur
berkecai menjadi abu. Boleh terbang ditiup angin. Makin payah aku untuk menjadi
satu. Ajarkan aku kembali. Jangan biar aku, aku bukan syaitan yang ego
melangit, aku syaitan yang lemah kerana merindui kau. Tolong paling ke sini
lagi, jadi insan yang juga memberi cahaya buat aku. Aku janji ini bukan
permainan ataupun penipuan.