Finn
Fee



Aksara dari jiwa, ditulis dalam bentuk madah, ini kawasan aku untuk meluahkan yang terpendam.


Instagram
Peluang
Friday, 2 January 2015 | 4:53:00 pm | 0Comment



Kadang bila peluang melayah di hadapan mata, kita harus cuba menggapainya dengan gigih. Biarpun terpaksa berkejaran bersama angin yang meniupnya, atau terpaksa memanjat pohon tinggi hingga hampir jatuh saat cuba mengaitnya di hujung ranting.

Biarlah, kerana yang namanya peluang itu datang pada waktu paling tepat dan hati paling ingin. Kalau dibiar lepas, nanti sesal datang memeluk.

Andailah, peluang itu tetap juga terbang menjauh atau engkau jatuh terperuk di perdu pokok. Saat orang lain mengejekmu gagal, tersenyumlah kerana engkau lebih tahu akan tingginya awan dan kerasnya tanah.