Tujuan
Tuesday, 13 January 2015 | 7:33:00 am | 0Comment
Kini hanya ada kau, perasaan dan tuhan. Perasaan perasaan seorang manusia yang bergerak sambil memandang ke langit. Katanya tuhan berada disitu, memerhatikan dan memberi harapan.
Tuhan memberi harapan.
Harapan yang ada masanya dia beri kau sentuh dan rasa dekat, namun ada masanya juga dia buat kau tergapai gapai dan jauh dengan harapan harapan yang pernah dia beri pada kau.
In this case, dia menguji.
Selalunya kau terlalu cepat berjalan sehingga kau rasa kau dah mungkin sampai ke penghujung jalan. Tapi kau lupa, kau tak pernah letakkan tujuan sebelum kau mula berjalan. Jadi kau cuba untuk lebih perlahan, dan memikirkan tentang tujuan.
Kemudian dia (tuhan) letakkan lagi harapan dalam perjalanan perlahan kau. Namun tujuan demi tujuan yang datang satu persatu memaksa kau untuk berjalan disimpang simpang yang tak menyenangkan. Penuh jurang. Sempit.
Adakalanya kau berhenti kerana penat, buntu, dan kau mengeluh pada tuhan. Kemudian kau cuba mempersoalkan, " ini je yang mampu aku buat?".
Yang sebenarnya kau terlalu ikutkan perasaan sehingga kau tak sedar bahwa kau cuma perlukan satu tujuan untuk satu jalan.
Dan sebelum dia permudahkan apa apa, kau harus kembali berjalan. Dengan kesungguhan dan kesabaran. Kerana dia sedang menguji. Menguji dan diuji adalah conversation kau dengan tuhan, sebelum dia memutuskan untuk memberi.